Monday 28 April 2014

Sambal Ikan Bilis Versi Mak Mertuaku...

Semenjak kawin dengan orang Melaka ni, ibu dah pandai masak sambal... orang Melaka, hari-hari makan sambal... kalau tak de sambal tu tak sahlah kata orang... anak-anak ibu pun ikut jejak langkah orang Melaka... especially Abg Muiz... kalau ada sambal, banyaklah dia makan... pas tu siap jilat sampai licin sambal tu... sebab tu ibu selalu guna cili yang tak pedas... kalau kat ipoh ni ada cili kering yang gemok-gemok tu & tak pedas... lupa pulak nak snap gambar cili kering tuu... so ibu memang kerap buat sambal sebab ibu tahu anak-anak ibu dan ayah suka makan... di sini ibu sertakan resepi sambal ikan bilis yang ibu belajar daripada nenek...

Sambal Ikan Bilis
2 genggam ikan bilis ( selalunya ibu memang beli yang dah siap belah & saiz sederhana, goreng sebentar separuh masak, tak perlu sampai garing)
6-8 sb cili kering kisar
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 cawan air asam jawa
Garam & gula
Minyak

Panaskan minyak
Tumis bawang merah & bawang putih sehingga kekuningan
Masukkan cili kering kisar
Masak sampai separuh masak
Masukkan gula untuk cepatkan cili garing
Bila cili sudah betul-betul garing, masukkan garam & air asam
Masak sebentar kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi
Kacau & sedia untuk dihidangkan

*petua orang Melaka untuk cepatkan cili kering garing, kena letak banyak minyak semasa menumis, bila dah masak, minyak tu boleh dibuang supaya lauk kita kurang berminyak.

No comments:

Post a Comment