Dah lama masak kue tiaw ladna ni... tapi baru berkesempatan untuk post... makanan kegemaran ibu dan ayah... anak-anak kurang suke, kecuali Afif... so jarang-jarang je lah ibu buat... tapi ibu masukkan juga dalam blog ni... manalah tahu satu hari nanti anak-anak ibu tersuke pulak...tapi kalau makan ni, mesti ada cili api potong + kicap manis.... yumm..yumm....
Kue Tiaw Ladna
1 bungkus kue tiaw
2 sb kicap masin
Panaskan kuali (ibu guna magic pan supaya kue tiaw tak melekat pada kuali)
Masukkan kue tiaw dan kicap
Gaul sebati dan masakkan sebentar, ketepikan
2 ulas bawang putih dicincang
Sedikit isi ayam/udang/sotong
1/2 st lada hitam ditumbuk
1/2 kiub ayam
1 sb sos tiram
3 gelas air
3 st tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
1 biji telur
Sayur kailan, jagung muda & karot
Garam dan sedikit gula
Sedikit minyak
Panaskan minyak
Tumis bawang putih sehingga kekuningan
Masukkan isi ayam/udang/sotong
Masukkan lada hitam, sos tiram & kiub ayam
Masukkan air
Biarkan mendidih masukkan garam, gula & sayur
Masukkan tepung jagung & kacau sebentar
Akhir sekali masukkan telur, terus kacau supaya telur hancur dalam kuah
Boleh dihidangkan
* cara hidang, letak kue tiaw dalam pinggan pastu baru siram dengan kuah yang telah siap

No comments:
Post a Comment