Monday, 7 April 2014

Crunchy Almond

Kudapan yang sangat best & berkhasiat... anak2 ibu suke makan ni... so ada sedikit kerajinan nak buat... lagipun buatnye sangat mudah... Humairah pun boleh buat sebenarnya, cuma mungkin akan berserabutlah sikit rumah jadiknye... 

Crunchy Almond
500 gm tepung Florenta
500 gm badam keping
200 gm kuaci (boleh guna apa2 jenis kuaci)
50 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit (tapi bergantung juga pada keadaan oven kite, bakar sehingga sedikit kekuningan)
Satukan semua bahan dalam bekas

Sediakan loyang di alas dengan kertas kek
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit atau sehingga nampak tepung Florenta mencair
Keluarkan dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

1 comment: