Friday, 11 April 2014

Ala-ala Mail Ikan Bakar...


Semenjak tinggal kat Ipoh ni, selalu rasa teringin nak pegi makan kat Tanjung Lumpur... tapi masa duduk Kuantan dulu pun bukan selalu pegi sebab kadang2 kalau pegi makan, lepas tu rasa kecewa... rasa mahallah, rasa pulak tak stabil, kejap sedap kejap tak... tu yang ibu cuba risik resepi buat ikan bakar ala2 Mail Ikan Bakar Tanjung Lumpur... resepi ni sebenarnye resepi ikan bakar orang Tganu... setelah beberapa kali cuba, rasanye dah menjadi... so tak de lah rasa teringin sangat nak makan kat situ lagi... lagipun buat sendiri lagi puas hati... set  yang selalu ibu buat, nasi putih + ikan pari bakar + sotong celup tepung + sup sayur...
Sebelum buat sup sayur, jom intai2 dulu resepi bebola ikan yang selalu ibu letak dalam sup sayur... ayah suka ibu buat sendiri bebola ikan ni... lagi sedap dan berkhasiat... kalau beli dah siap tu, banyak tepung & bahan pengawet...

Bebola Ikan
3 ekor ikan selayang/sardin (kalau guna tenggiri lagi baik)
1 1/2  sb tepung jagung
garam
3/4 st lada hitam (ditumbuk)

Ikan dibersihkan dan dibuang semua tulang2
Blender bersama2 lada hitam yang telah ditumbuk dan garam (gunakan blender kering)
Masukkan tepung jagung dan gaul sebati

* bebola ikan ini tak boleh dibulatkan guna tangan, sebab ibu letak sedikit sahaja tepung... so guna sudu sahaja untuk bentukkan sebelum masukkan dalam sup sayur...

Sup Sayur
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
bunga kobis
karot
cendawan
jagung muda
sedikit sohun & fucuk
lada hitam (ditumbuk)
sedikit minyak
2 1/2 gelas air
bebola ikan
1/2 kiub ayam
 
Panaskan minyak serta masukkan bawang putih
Tumis seketika sehingga kekuningan, masukkan kiub ayam dan air
Biarkan sehingga mendidih, masukkan lada hitam dan bebola ikan
Masukkan sayur karot, jagung serta bunga kobis biarkan seketika
Akhir sekali baru masukkan sohun, fucuk dan cendawan
 
* tiada jumlah yang tetap untuk sayur dalam sup sayur ni, boleh letak ikut keperluan... dan boleh letak sayur2 lain yang disukai...
 
Sambal Ikan Bakar
30 tangkai cili kering (potong & buang biji serta rebuskan seketika)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
2 batang serai
sedikit belacan (kalau suka, tapi ibu tak letak)
1 cawan minyak
garam & gula

Blender semua bahan
Panaskan minyak dan tumis sehingga separuh masak
Masukkan gula dahulu ( petua dari mak mertua supaya cili cepat garing)
Bila hampir garing baru masukkan garam dan perasa kalau suka
Masak biar betul2 garing

Ikan Bakar
1 ekor ikan pari (bersihkan & potong 2 bhgn)
sambal ikan bakar
daun pisang

Alaskan daun pisang pada kuali pembakar (ibu guna magic pan, lebih cepat masak)
Letak ikan pari, tutup kuali supaya ikan cepat masak
Bila separuh masak, sapukan sambal yang telah dibuat pada ikan pari
Tutup kuali dan biarkan ikan masak


Sambal Kicap
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili api
1-2 biji limau kasturi (buang biji)
kicap masin & kicap manis

Blender kering bawang merah, bawang putih, cili serta limau kasturi bersama2 kulitnya
Masukkan kicap manis & masin ( biasanye ibu letak kicap manis dua kali ganda kicap masin)

Sotong Celup Tepung
1/2 kilo sotong (siang,bersihkan & tos betul2 kering, biasanye pilih sotong yang bersaiz besar)
1/2 biji telur
2 sb tepung serbaguna (apa2 jenama, ibu guna adabi)
1 1/2 sb tepung jagung
1 1/2 sb tepung beras
Minyak untuk menggoreng

Gaulkan telur dengan sotong
Masukkan semua tepung, tepung serbaguna agak masin so tak perlu letak garam
Gaul sebati dan goreng
Semasa menggoreng, guna api yang agak besar supaya sotong cepat masak, ini untuk elakkan sotong lambat masak.  Jika lambat masak, sotong akan keras dan kurang sedap
 

No comments:

Post a Comment