Friday, 18 April 2014

Maggi Goreng

Hari ni ibu post sarapan kegemaran suami & anak-anak ibu... kalau hujung minggu tanya nak makan apa? Makanan ni lah jawapannya... kalau boleh tiap-tiap minggu suruh ibu buat... sebenarnya sebelum ni ibu tak pernah buat pun maggi goreng ni... tapi Cu Aini yang kenalkan... so lepas tu selalu jugaklah buat... sedap ni, lagi-lagi kalau makan dengan keropok... kami orang Tganu kalau makan nasi goreng, mee/bihun goreng mesti ada keropok... kalau tak ada tu macam tak cukup lengkap jer... terima kasih kepada Cu Aini yang memperkenalkan resepi ini.. :)

Maggi Goreng
6 keping mee kering (jenama Vits, di bawah ni ibu sertakan gambar mee yang ibu selalu guna)
2 ulas bawang putih dicincang
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 sb cili kering kisar
Sedikit isi ayam (boleh guna apa-apa sahaja... daging, udang atau sotong)
Sedikit fishball
Sayur karot, sawi atau kailan
1 sb sos tiram
1 sb kicap manis
1 sb sos cili
1 sb sos ikan (jika suka)
Garam & gula
Sedikit minyak
Sedikit air

Rebuskan mee kering (ikut arahan pada plastik mee) dan toskan
Panaskan minyak
Tumis bawang putih hingga kekuningan
Masukkan bawang merah dan cili kering goreng sehingga agak garing
Masukkan isi ayam, masak sebentar
Masukkan sos tiram, kicap, sos cili, sos ikan, garam serta gula
Masak sekejap dan masukkan sedikit air
Masukkan mee, sayur & fishball
Kacau rata, biarkan masak sekejap
Sedia untuk diangkat

No comments:

Post a Comment