Friday, 18 April 2014

Rendang Ayam...

Selalunye kalau hujung minggu, pening kepala fikir nak masak apa... tapi tiba-tiba terfikir dah lama tak makan rendang, so bolehlah buat rendang untuk hujung minggu... pagi makan dengan nasi himpit pastu makan dengan nasi untuk tengahari... tak payah masak banyak kali... ayah ok jer, tak kisah sangat lagipun dia suke makan rendang tapi kena berkuah sikit, ayah tak suke rendang yang kering... ayah faham, hujung minggu banyak kerja yang perlu ibu laksanakan... penaaat... tapi tak suke nak makan kat luar... dah jemu... baik masak sendiri walaupun simple jer.... rendang ni senang jer, blender semua bahan-bahan pastu masak... tak payah nak kacau sangat...

Rendang Ayam
1 ekor ayam (potong kecil & bersihkan)
1 1/2 cawan santan pekat
2 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
10 tangkai cili kering (potong & buang biji)
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit
1 sb kerisik
1 st ketumbar
1st jintan manis
1/2 st jintan putih
4-5 helai daun kunyit (dimayang halus)
Garam & gula
Air

Blenderkan serai, lengkuas, halia, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit, ketumbar, jintan manis & jintan putih
Masukkan bahan blender dalam kuali bersama-sama ayam, santan & air (air anggarkan untuk masakkan ayam)
Masakkan separuh masak
Masukkan garam dan gula
Setelah kuah agak pekat, masukkan kerisik dan daun kunyit
Kacau seketika, sedia untuk diangkat (kalau suke rendang kering, biar kuah kering sedikit)

No comments:

Post a Comment