Tuesday, 29 April 2014

Nasi Lemak Tganu Style...

Hujung minggu hari tu, ibu buat nasi lemak sebab dah lama tak buat... tapi selalunya kalau ibu buat, ibu akan buat Tganu style... maklumlah dah jadi orang Tganu... tapi kalau tanya ayah mesti nak nasi lemak ayam goreng berempah... jemu ibu kalau makan ayam je... makan ikan kan bagus... so cari ikan tongkol kat pasar malam, nasib baik ada... ayah pun dah belajar makan nasi lemak ikan sejak kawin dengan orang Tganu ni... anak-anak ibu memang suka... Kak Humairah kalau ibu buat nasi lemak tiap-tiap minggu pun tak pe...
Nasi Lemak Ikan Tongkol
Bahan Sambal
1 ekor ikan tongkol (saiz sederhana, siang & potong beberapa bahagian... bersihkan)
1 mangkuk cili kering kisar
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 cawan air dibancuh dengan sedikit asam jawa
Garam & gula
Minyak
 
Panaskan minyak untuk menumis
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan
Masukkan cili kering, goreng sehingga setengah masak
Masukkan gula untuk mempercepatkan cili garing
Bila cili benar-benar garing, masukkan ikan & air asam jawa serta garam
Biarkan ikan tersebut masak
Jika mahu sambal tu agak berkuah, boleh tambah air lagi
 
Bahan Nasi Lemak
2 cawan beras
3/4 cawan santan pekat
3 cawan air (ikut keperluan beras)
Garam
1/2 inci halia (dihiris nipis)
 
Basuh beras
Masukkan air, santan, halia dan garam
Masak dalam rice cooker sehingga masak
 
*kalau tiada daun pandan boleh digantikan dengan halia atau letak kedua-dua pun boleh. 
 
Dihidangkan dengan telur rebus, ikan bilis goreng (tapi ibu tak goreng pun sebab sambal ikan bilis hari sebelumnya masih ada) & timun (kalau ibu terajin sikit selalunya ibu celur taugeh & kangkung)
 

No comments:

Post a Comment