Tuesday 1 April 2014

Nasyid Abg Muiz...

Abg Muiz telah menyertai Festival Nasyid..... ibu pun tak pasti mengapa Abg Muiz terpilih masuk kumpulan nasyid tu....agaknya ustaz Abg Muiz dapat tahu suara Abg Muiz lunak (macam suara ibu dia...he..he..).  Gambar di atas ibu ambil waktu pagi kat SKWJ dan gambar tempat berlangsung Festival Nasyid.  Sebelum nasyid cikgu bagi makan nasi lemak.  Ibu juga rakam gambar Abg Muiz dengan Ustaz Fadzil, guru kelas Abg Muiz dan juga merupakan guru pengiring ke festival tersebut.
Gambar ini semasa persembahan nasyid dari SKWJ.  Abg Muiz serius je masa nasyid... tak tengok & tak senyum pun kat ibu.... padahal ibu kat depan sekali.... penuh penghayatan....
Selesai nasyid, ibu ambil gambar Abg Muiz & the group..... hensem pulak nampak diaorang ni.... tapi ada satu insiden masa festival ni yang tak mungkin ibu & ayah lupakan.  Perlu dijadikan pengajaran...
 

No comments:

Post a Comment