Tuesday 29 April 2014

Kuih Keria

Hari tu, untuk buat sayur lemak ibu beli keledek RM2 satu bakul kecil... memang nak pakai untuk masak lemak 3-4 ketul je tapi takkan nak beli banyak tu je kan... so beli satu bakul kecil dengan sorang uncle kat pasar malam... ada baki lagi tapi tak tahu nak buat apa... mula-mula ingat nak goreng je tapi teringat pulak Abg Muiz suka sangat beli kuih keria kat pasar malam... so try buat... 1st experiment... Alhamdulillah... jadik la jugak... anak-anak ibu suka... cuma Abg Muiz komen letak gula banyak skit... memang ibu sira sikit je gulanye... jaga kesihatan...tapi sayang ayah tak sempat makan sebab kena pegi kursus 4 hari...
Kuih Keria
5-6 ketul keledek (rebus dan hancurkan, dpt dlm 3 cawan)
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/4 cawan air
Minyak

Campurkan keledek yang telah dihancurkan dengan tepung gandum
Bentukkan mengikut bentuk yang dikehendaki (ia agak melekat so semasa proses membentuk letakkan sedikit tepung supaya tidak melekat)
Panaskan minyak dan sedia untuk digoreng
Setelah selesai panaskan kuali dan masukkan gula & air untuk proses menyira.
Bila gula dah cair & agak pekat masukkan kuih keria tadi dan sedia untuk dihidangkan

*petua untuk menyedapkan keria ialah tambah sedikit tepung ubi, tapi ibu tak letak sebab tak ade...
 

No comments:

Post a Comment