Ini ialah lauk kegemaran ayah... masak lemak sayur apa-apa pun tak kisah tapi kena letak keledek...
Bayam Masak Lemak Campur Keledek2 ikat sayur bayam (potong & bersihkan)
3-4 tongkol keledek (saiz kecil)
3 ulas bawang merah
Sedikit ikan bilis
1/2 st lada hitam
1 cawan santan pekat
2 gelas air
Garam & gula
Buangkan kulit serta potongkan keledek
Rebus seketika, separuh masak, ketepikan
Tumbuk bawang merah, ikan bilis & lada hitam
Masukkan dalam periuk, air, bahan tumbuk & keledek
Masak sehingga mendidih
Masukkan garam, gula & santan
Kacau supaya santan tidak pecah sambil masukkan sayur bayam
Biarkan masak dan sedia untuk diangkat
No comments:
Post a Comment