Wednesday 9 April 2014

Nasi Kukus...

Hujung minggu hari tu rasa teringin pulak nak makan nasi kukus... so buat la sendiri, tapi nasinye taklah dikukus tapi ala2 set nasi kukus... nasi putih + dalca + ayam goreng berempah...
Ayam Goreng Berempah
1 ekor ayam ( potong 12 bahagian & bersihkan)
3 btg serai
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
3/4 inci kunyit
1/2 inci halia
1 st jintan manis
1 st ketumbar
1/2 st jintan putih
2 st garam
1 1/2 st gula
1sb cuka (optional)

Potong serai, lengkuas, halia, kunyit dan bawang putih
Blender bahan yang di potong bersama-sama bahan lain termasuk garam & gula
Perapkan ayam bersama-sama bahan yang diblender
Tambahkan cuka dan gaul sebati
Perapkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digoreng


Dalca
Bahan tumis:
3 ulas bawang merah (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
1 inci halia (dimayang)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 sb rempah kari daging
1 sb rempah kerutup
2 sb cili kering dikisar
sedikit minyak

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Bahan lain:
1 mangkuk daging (potong kecil)
1 cawan santan pekat
1 sb kacang dhal ( direndam dgn air panas)
1 batang karot
1 batang terung panjang
2 biji kentang
10-12 bendi
2 gelas air
garam & gula

Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis kecuali halia
Setelah bahan tumis agak layu, barulah dimasukkan halia ( sepatutnya masukkan juga daun kari semasa menumis, tapi ibu tak letak pun)
Bancuh rempah kari dan kerutup bersama-sama cili kisar dengan sedikit air
Setelah bahan tumis hampir kekuningan, masukkan rempah bersama cili kisar yang telah dibancuh
Tumis sehingga bahan-bahan tersebut agak garing atau masak
Selepas itu masukkan daging serta kacang dhal dan kacau, biarkan beberapa minit
Masukkan 2 gelas air dan tutup periuk untuk empukkan daging tersebut
Setelah daging hampir empuk, masukkan santan dan bahan tumbuk
Biarkan ia mendidih seketika sebelum masukkan sayur-sayuran (pastikan masuk sayur  seperti karot dan kentang dahulu kerana ia agak lambat empuk, kemudian baru masukkan bendi & terung)

* boleh juga masukkan sayur-sayur lain seperti kacang panjang, nenas dan tomato.
* jika tiada rempah kerutup, boleh guna rempah kari daging sahaja

No comments:

Post a Comment