Monday 7 April 2014

Jemput-jemput Tauhu

Ini adalah favourite anak2 untuk sarapan hujung minggu... ibu pun suke jugak sebab senang nak buat dan sedap dimakan...  dihidangkan dengan sos keropok lekor 008... bestnyee... memang sos keropok tu banyak stok kat rumah, balik Tganu mesti beli banyak2 untuk makan dengan jemput2 atau keropok keping... jemput2 ni agak berkhasiat kerana banyak sayur dan penambahan tauhu sebagai sumber protein selain ikan bilis...

Jemput-jemput Tauhu
3 cawan tepung gandum
3 keping tauhu (yang kecil)
1 batang karot
1 biji bawang besar
1 mangkuk ikan bilis ( letak udang segar + ikan bilis lagi sedap)
sedikit daun kucai
sedikit garam
sedikit minyak (untuk menggoreng)
2 ½ cawan air 

Hancurkan tauhu
Potong bawang, daun kucai, karot dan masukkan dalam bekas bersama-sama tauhu
Blenderkan ikan bilis dengan 1 cawan air
Masukkan ikan bilis yang diblender ke dalam bekas tadi bersama-sama baki air
Masukkan tepung gandum dan gaul rata
Sedia untuk digoreng
 

No comments:

Post a Comment