Wednesday, 20 August 2014

Kek Keju Mangga...

Ini adalah entri lama... tapi tak sempat nak masukkan dalam blog... kek keju yang ibu sediakan untuk Abg Muiz & ibu jugak sebenarnya... hari jadi kami kan hampir sama... tapi ini adalah kek keju yang ringkas... tapi sedap jer...


Kek Keju Mangga

80 g biskut marie (dihancurkan)
50 g mentega dicairkan
250 g keju
1 sb tepung jagung
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan susu segar
1 cawan yogurt perisa mangga
1 st esen vanila
2 biji telur
1 biji mangga (potong dadu)

Satukan biskut marie dengan mentega dan mampatkan
pada dasar acuan
Pukul keju dan gula sehingga sebati dan pastikan keju pada suhu bilik
Masukkan bahan-bahan lain secara berperingkat dan pukul pada kelajuan sederhana
Bila semua sudah sebati, masukkan mangga dan kacau rata
Tuang pada acuan dan bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 30 minit.
Bila masak, regangkan sedikit pintu oven dan biarkan sejuk di dalam oven untuk mengelakkan kek pecah.

Sepatutnya kena bakar secara double boiled tapi sebab tak ada dulang besar so ibu letak air panas dalam mangkuk pastu letak dalam oven. (seperti gambar di atas)

Semasa potong sepatutnya pisau direndam sebentar dalam air panas supaya kek dipotong dengan cantik.  tapi ibu tak buat pun sebab tu tak cantik jer potongan kek tu... sebab Humairah dah tak sabar nak makan....hee...hee... ibu punn...
 

Nasi Goreng Kerabu...

Ibu ni suka makan nasi kerabu... tapi nak buat rasa leceh sangat... so tak dapat makan nasi kerabu, makan nasi goreng kerabu jadilah... dulu masa ibu sekolah Tingkatan 4 & 5, setiap pagi makan nasi goreng kerabu kat kantin... sedap nasi goreng kerabu kat kantin tu... tapi Tok Ma tak pernah buat pun... so dah lama ibu fikir mcm mana nak buat... tapi fikir pulak kot2 ayah tak suka, tu yang takut nak buat... sekali tu, cuba jugak buat tapi sikit jer lah untuk ibu jer... first try, ayah makan dia suka pulak, humairah pun sama... apa lagi sejak itu, ibu selalu buat... tapi resepi ni ibu reka dan agak2 jer... tak tahu pulak resepi sebenar macam mana... 

Nasi Goreng Kerabu

4 cwn nasi
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
5 tangkai cili padi (ditumbuk)
1 kiub ayam
Sedikit belacan (kalau suka)
1 mangkuk  udang dan sotong (siang dan bersihkan)
3 helai daun kunyit (mayang halus)
1 batang bunga kantan (mayang halus)
2 batang serai (mayang halus)
Garam & gula
2 sb sos tiram
Minyak

Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga garing
Masukkan sotong dan udang serta kiub ayam dan belacan
Kacau seketika, pastikan belacan hancur sepenuhnya dan masukkan sos tiram, garam & gula
Biarkan sebantar dan masukkan nasi
Kacau nasi biar mesra dengan bahan tumis tadi kemudian masukkan bunga kantan, serai dan daun kunyit.
Biar seketika dan sedia untuk dihidang.



 

Friday, 8 August 2014

Spaghetti Olio...

Spaghetti Olio ni kegemaran ibu dan Humairah...orang lain tak berapa suka katanya... tapi tiap kali buat ada jugak yang menambah... pas tu kalau ade lebih, berebut pulak nak makan...:) selalu ibu buat 1 paket spaghetti 500g, so banyak jugak dapat... tapi macam tak cukup jugak... ramai nak makan dua kali...

Spaghetti Olio

1 paket spaghetti (rebus, masukkan sedikit minyak dan ikut arahan pada bungkusan)
1 mangkuk kecil udang (bersihkan buang kulit)
1 mangkuk kecil sotong (bersihkan dan potong kecil)
2 ulas bawang puting (dicincang)
1 labu bawang besar Holland (potong kecil/cincang)
1 kiub ayam
1/2 st serbuk lada hitam
1st chilli flakes
Minyak (sepatutnya guna minyak zaitun)
Sedikit English Parsley (dicincang kecil, ibu guna agak banyak sebab suka tapi terpulang pada selera msg2)
Sedikit kaju Parmesan ( ni pun ibu letak lebih)
Garam dan gula

Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing dan masukkan bawang besar, tumis seketika
Masukkan sotong dan udang serta kiub ayam
Biarkan seketika, masukkan lada hitam dan chilli flakes
Masukkan garam dan gula, kacau seketika
Masukkan spaghetti dan kacau sehingga rata
Masukkan daun Parsley dan kacau rata
Tutup api dan taburkan keju serta kacau rata
Semasa hidang boleh juga tabur keju lagi kalau suka ( ibu dan Humairah memang hantu cheese, so suka letak banyak2....:))
 

Mee Lidi Goreng...

Mee lidi ni ibu kenal masa kat Kuantan... rasanya kat Ipoh ni tak de jual... sebab tak pernah nampak pun... atau ada kat mana2 kedai yang ibu tak pernah kunjungi tak tahu lah kan... tapi yang ibu tahu, orang Pekan suka makan mee ni... so dia agak femas lah kat Kuantan... so tu sbb ibu try... rasanya sama mcm mee kuning jer... tapi lagi baik makan mee ni rasanya sbb mee kuning kan mengandungi bahan yang tidak baik untuk kesihatan kita... sebab itu ibu lbh prefer guna mee lidi...
Mee Lidi Goreng

1 bungkus mee lidi (rebus 4-5 minit dan toskan)
Sedikit isi ayam dipotong kecil
Sedikit daging lembu dipotong kecil
1 biji telur
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sb cili kering giling
Sedikit kaun kucai
Sedikit taugeh
Sebiji tomato
1 sb kicap manis
1 sb sos tiram
2 sb sos cili
1 sb sos ikan
Minyak
Sedikit air

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing
Masukkan cili kering dan goreng sehingga garing
Masukkan isi ayam dan daging, biarkan seketika
Masukkan sos tiram, kicap, sos cili, sos ikan serta sedikit air
Kacau seketika, masukkan garam dan gula
Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan seketika
Kemudian masukkan mee lidi dan kacau
Masukkan sayur2an dan biarkan seketika
Sedia untuk dihidang

Ini ialah gambar mee lidi yang ibu guna.  Ibu beli kat Tunas Manja dekat rumah Tok Ma.  Kalau balik Tganu mesti beli buat stok.

Gulai Pakistan...

Ini satu lagi hidangan yang menjadi kegemaran kita sekeluarga... lauk yang mudah untuk disediakan... resepi ni daripada Tok Ma... menurut Tok Ma, dia belajar resepi ini daripada radio satu masa dulu...  masa Tok Ma muda2 la kot...
Gulai Pakistan

1 ekor ayam (saiz kecil @ sederhana) potong kecil & bersihkan
2 biji kentang (kupas & potong beberapa bhgn)
1 batang karot (kupas & potong beberapa bhgn)
2 biji tomato (potong 4 bhgn)
1 biji bawang besar (potong 4 bhgn)
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang puting
1/2 st lada sulah
1/2 st jintan putih
1 inci kunyit hidup
2 sb cili kering giling
minyak
air
kiub ayam (jika suka)
garam & gula

Tumbuk lumat bawang putih, lada sulah, jintan putih dan kunyit.
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk bersama2 cili kering dan daun kari sehingga garing
Masukkan ayam dan biarkan seketika
Masukkan kiub ayam dan air sehingga paras ayam di dalam periuk
Masukkan bawang besar, garam dan gula kemudian biarkan ayam hampir masak
Masukkan kentang dan karot
Biarkan ayam, kentang dan karot empuk
Sedia untuk dihidang

 

Monday, 14 July 2014

Rendang Daging Ibu Mertua...

Ibu suke sangat rendang daging yang nenek buat... ayah pun sama... apa lagi ibu ambik resepi... hujung minggu cuba buat untuk sarapan... makan dengan ketupat nasi... rasa macam raye pulak... memang best rendang ni... ingat susah nak buat... rupenye senang jer...
Rendang Daging Ibu Mertua

1 kilo daging lembu (potong kecil & bersihkan)
2 inci lengkuas
1inci halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3-4 batang serai
2 inci kunyit
2 sb serbuk kari daging
3 senduk cili kering kisar
2 sb kerisik
2 cwn santan pekat
Air
Garam & gula
4-5 helai daun kunyit
Minyak

Kisar lengkuas, halia, bawang merah, bawang putih, serai dan kunyit
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, cili kering dan serbuk kari sehingga cukup garing
Masukkan daging, kacau sebentar untuk keringkan air
Tambah air untuk empukkan daging
Setelah daging separuh masak, masukkan santan, garam dan gula
Setelah daging hampir masak, masukkan kerisik dan daun kunyit yang dimayang halus
Kacau & biarkan masak

* boleh ganti gula dengan gula melaka, lagi ok rasanye...
 

Roti Jala...

Dah agak lama ibu tak sediakan roti jala... so hujung minggu ibu buat roti jala untuk sarapan kita... makan dengan kurma ayam... eemmm... sedapnyee...
Ibu guna magic pan... senang & cepat jer buat...
Roti Jala

3 cwn tepung gandum
3 cwn air
1 biji telur
Garam
Sedikit pewarna (sebenarnya pewarna dah habis so ibu letak secubit serbuk kunyit)
Sedikit minyak

Masukkan semua sekali dalam satu bekas dan bancuh... sedia untuk menjala...
Senang jer sebab ibu guna botol seperti di bawah...
Gambar dari internet...

Sambal Sotang Dengan Bendi...

Ni satu lagi feberet Abg Muiz & ayah... kalau sambal diaorang ni memang suke sangat...
Sambal Sotang Dengan Bendi

1/2 kilo sotong (siang & bersihkan)
10-12 batang bendi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 senduk cili kering kisar
Minyak
Garam & gula

Tumbuk bawang merah dan bawang putih
Panaskan minyak
Tumis bawang hingga kekuningan
Masukkan cili kering dan goreng sebentar kmudian masukkan gula untuk cepatkan proses menjadi garing
Bila cili sudah garing masukkan garam dan sotong
Biarkan sotong seketika
Bila sotong hampir masak, potongkan bendi dan masukkan kacau sebentar dan sedia untuk dihidang
 

Trip To Penang...

Cuti pertengahan sekolah hari tu kita menerima banyak tetamu... mula2 Pak Long datang kemudian Cik Aah dan diikuti dengan Cik La... masa Cik Aah datang, diaorang nak pegi jalan2 kat Penang... so kita follow depa sekali... lagipun memang kite tak pernah lagi pegi jalan2 kat Penang...
Peluang pegi Penang, kita lalu ikut jambatan baru... so ibu sempat snap beberapa gambar... biasalah, ayah jadi supporter ibu untuk ambik gambar... tapi yang menarik perhatian ibu, playground kat gambatan sebab dia guna rangka van lama... kreatif...
Kita singgah makan kat restoran depan USM... sebenarnya tak tahu nak makan kat mana... semua mamak... ayah & ibu ni tak berapa gemar makan kat kedai mamak... confius Islam ke tak... tapi akhirnya termasuk jugak kedai mamak... ayah dah rasa lain macam... pas tu kita sembahyang terus kat USM sebelum ronda2 bandar Penang... Ibu sempat snap gambar Abg Muiz & Afif kat wakaf depan masjid USM...
Ibu excited sebenarnya nak ambik gambar kat street art Penang tapi rupanya lokasinya berterabur... so susah jugak nak cari sebab first time datang... dah lah cuaca sangat panas... tapi masa ronda2 tu ternampak satu street art... so sempat ibu snap... & mercu tanda Penang... Komtar...
Ayah Nan ajak lalu kat Taman Kota Lama... tapi kita tak turun pun... panas... snap gambar jer...
Sebenarnya ayah nak ajak naik kereta kabel & feri tapi Cik Aah ade destinasi lain yang diaorang nak pegi... so tak sempatlah kita pegi... lagipun feri tu ramai sangat orang beratur... kempunan jugak nak naik bawak anak2... ayah kata lain kali kita datang lagi & ajak Tok Ma jugak... balik ke Ipoh ayah ajak singgah makan kat Kuala Gula... sajer bawak Tok Ma... tapi kempunan jugak nak makan ketam lembut... dah habis... cuti sekolah... biasalah...

Thursday, 12 June 2014

Travel To Teluk Intan & Sabak Bernam...

31 Mei 2014 (Sabtu), trip ke Teluk Intan & Sabak Bernam... pegi rumah Pak Ngah dulu kat Teluk Intan pas tu pegi Sabak Bernam bersama-sama Pak Long... Busu sepatutnya join tapi last minit cancel... so ayah 3 beradik & famili jer yang pegi...
Kebetulan pulak masa tu ada pilihanraya kat Teluk Intan so ibu sempat snap beberapa gambar... tapi keputusan BN menang dengan majoriti 200++....:(

Gambar menara condong Teluk Intan... first time sampai sini... ibu naik kat atas untuk snap gambar yang dilukis di perkarangan Menara Condong ni... cantik lukisan ni... sapa laa yang lukis...sangat berbakat...
Anak-anak ibu bergambar dengan sepupu belah Melaka... susah jugak nak suruh budak ni bergambar... macam-macam style ade..
Sampai Sabak Bernam singgah makan kat sini... Bagan Nakhoda Omar... terkenal tempat ni... so kita pesan Mee Udang & Nasi Goreng Udang... rasa & harga ok lah...
 Pas makan singgah beli kerepek... tapi kerepek kat sini kurenggggg... ade yang lemau pun... sedih pulak sebab beli kat kilang ingatkan yang baru buat...
Sampai ke detinasi yang dituju... Institut Perakaunan Negara di Sabak Bernam... Pak Ngah booking satu rumah untuk kita semua menginap kat sini... rumahnya ok.. besar... boleh lahhh...
Petang jalan-jalan kat pantai... kalau tak silap ibu nama pantai ni Pantai Tanjung Sauh... ramai orang tempatan yang memancing & menjala ikan... seronok depa ni makan ikan fresh yang ditangkap sendiri
Balik dari pantai... budak-budak ni sibok nak main basikal... termasuklah ayahnya... kat anm ni ade disediakan basikal, boleh pinjam... masing-masing seronok round kawasan dengan basikal... ibu cuba jugak naik tapi dah lama tak berbasikal ni rasa lain macam pulak...
Afif & sepupunya Dina... suke benar dia main dengan Dina...
Malam tu kite berBBQ... Pak Ngah tempah dengan kawannya makanan... tinggal nak bakar jer... seronok jugak... boleh buat lagi lain kali... tapi kalau atuk nenek join lagi best rasanye... banyak makanan yang tak habis... semua dah kekenyangan tak larat nak habiskan... so simpan dalan peti ais, esok pagi panaskan... buat sarapan... lagipun semua kelengkapan ade disediakan di rumah ni...
Esoknya sebelum balik kita pusing-pusing kat ofis Pak Ngah... ade akuarium besar kat depan ofis ni... ikan pun besar jugak... bergambar-gambar dulu kat sini sebelum semua bertolak balik...
 

Kuantan Again.....

Ke Kuantan lagi kite... tengok rumah kite selepas dibaikpulih... banyak ribu jugaklah habis duit ayah... kesian ayah...:(

Dinding dah dicat semula... paip kat sinki dah ditukar... sliding door pun dah tukar yang pecah hari tu... pintu tandas jugak dah ditukar.... so ok lah...
Petang tu sempat singgah rumah Cik Ila kawan ibu... dia nak pindah ke Banting... seronok Afif jumpe kawan lama dia Zhafran... main bole sama-sama... kamceng jer... ambik gambar siap pegang-pegang bahu lagi...

Wednesday, 28 May 2014

Tortilla Wrap

Dah lama benar Abg Muiz suruh ibu buat tortilla wrap ni... masalahnye roti tortilla ni ade jual kat Mydin jer (yang jenama Mission).. so kalau nak pegi sana semata-mata beli roti tortilla ni macam membazir jer... kebetulan hari tu pegi Mydin beli buku anak-anak ibu, so beli sekali tortilla ni dua paket... nak beli banyak takut ter'expired' pulak... jangka hayat untuk roti ni biasanya bukan lama sangat... kat Tesco ade jugak jual roti tortilla yang Tesco punye tapi tak sedap... buat tortilla wrap ni biasanye ibu guna ayam pop corn segera jer... apa-apa jenama pun tak kisah...
Tortilla Wrap

5 keping roti tortilla
5 keping keju
Ayam pop corn (ibu guna habi satu paket jenama A1)
Coleslow yang telah disiapkan (rujuk resepi sebelum ini)
Sos cili

Goreng ayam pop corn dan ketepikan
Bakar seketika roti tortilla, balikkan dan letak sekeping keju (supaya keju mencair atas roti)
Angkat roti, susun ayam pop corn yang telah digoreng seperti gambar di atas
Letakkan coleslow yang telah disiapkan sebelumnya serta sos cili
Gulung roti tortilla
Jejeeengggggg.... sedia dimakan.....

Abang Muiz boleh makan Tortilla Wrap ni dua sekaligus... suke benar dia...:)

Coleslow

Ini salah satu hidangan sayur yang paling anak-anak ibu suka... semua suka makan ni... katanya lebih sedap dari KFC punye... berbunga-bunga hati ibu bila anak-anak ibu cakap macam tu... selalu ibu buat untuk makan dengan chicken chop atau kalau ibu buat tortilla wrap... kali buat untuk tortilla wrap...
Coleslow

1/4 kobis (sederhana besar)
1 batang karot
1 biji lemon
1 sb susu pekat
3-4 sudu mayonis

Potong kobis kecil-kecil dan sagat karot
Sagat kulit lemon dan ambil separuh biji lemon dan perah airnya
Masukkan susu pekat dan mayonis
Kacau dan sedia dihidang

Anak Sedara Lama Tak Jumpe...

Hujung minggu lepas kita pegi KL melawat kakak ibu Cik Ya yang kurang sihat, baru lepas operate.  Dah lama benar tak jumpe dan terputus hubungan... alhamdulillah dapat kesempatan berkunjung ke sana dan melawat Cik Ya.  So dapatlah jumpe anak sedara... sepupu anak-anak ibu... gambar yang paling atas tu Hajar darjah 2 dan bawah tu Syaima' tingkatan 3... sorang lagi Syarif duduk kolej kat Nilai so tak dapat jumpe... Lama jugak dapat borak dengan Cik Ya... semoga Cik Ya cepat sembuh dan hubungan ini tak terputus lagi...

Wednesday, 14 May 2014

Asparagus Goreng Campur Buncis & Udang...

Pergi pasar malam hari tu terjumpa asparagus... dah lama teringin nak beli... maklumlah tak pernah makan... kat Tganu mana ada jual asparagus ni... kalau ada pun mungkin kat pasaraya... tapi rasanye tak pernah nampak... sejak duduk kat Ipoh ni selalu nampak asparagus... kat pasar biasa pun ada jual... maklumlah dekat dengan Cameron Highlands... so teringin nak cuba... ibu beli udang sekali untuk digoreng dengan asparagus ni... disebabkan asparagusnya tinggal 1 bungkus je so ibu beli sekali kacang buncis untuk campurkan, kalau tak takut tak cukup pulak... anak ibu Afiffudin tu suka makan sayur... kalau Kak Humairah, eemm selalu kena paksa makan sayur... tak ade rasa ape pun asparagus ni... so okeylah... tapi tak boleh masak lama-lama... nanti tak rangup pulak...
Asparagus Goreng Campur Buncis & Udang

1 mangkuk kecil udang (ibu buang semua kulit untuk senangkan ayah & anak-anak ibu makan)
Sedikit asparagus
Sedikit kacang buncis
2 ulas bawang putih
1 sb sos tiram
Garam & gula
Minyak

Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan
Masukkan udang, kacau sebentar
Masukkan sos tiram, garam & sedikit gula
Masukkan sayur asparagus & buncis
Kacau sebentar & sedia dimakan

* tiada jumlah yang tepat untuk sayur, ikut keperluan & anggaran.  Juga boleh dicampur sayur lain jika suka.

Ayam Masak Palembang...

Semalam cuti sempena Wesak... so biasalah kalau cuti ibu akan masak... tak tahu nak masak apa... intai-intai resepi kat internet dan terjumpe resepi ni kat Dapurmamasya... nampak senang so ibu cubalah... tapi ibu biasalah kalau ade resepi tak akan ikut sangat... selalu suka derhaka resepi... harap tuan punye resepi tak marahlah ye... ibu akan buat ikut citarasa ibu... tapi nampaknye ayah & anak-anak ibu suka... boleh buat lagi lain kali nihh...
Ayam Masak Palembang

1/2 ekor ayam ( potong kecil, basuh ada perap dengan garam kunyit)
2 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sb cili kering kisar
1 sb sos tiram
4 sb kicap manis
1 cawan santan
Minyak
Garam & gula
Air asam jawa

Goreng ayam dan ketepikan
Kisar serai, bawang merah, bawang putih, halia
Panaskan minyak & tumus bahan kisar serta cili kering kisar sehingga garing
Masukkan kicap, sos tiram, air asam jawa serta santan
Perasakan dengan garam & gula (kalau suka boleh tambah kiub ayam)
Biarkan masak sekejap, masukkan ayam yang telah digoreng
Gaul rata, biarkan mesra dengan bahan & boleh dihidangkan
 

Thursday, 8 May 2014

Jeruk Mangga...

Balik Melaka hari tu ibu tengok banyak buah mangga kat pokok jiran belakang rumah atuk... dah selalu ibu suruh ayah ambik mangga tu, masa arwah nenek ada dulu lagi... tapi mintak izin dengan tuannya lah... sebab mangga dia masam dan wangi... tu yang ibu suka sangat... lagipun ibu ni kan 'hantu colek'... colek tu adalah buah-buahan yang dicicah dengan kicap+gula... makanan yang disukai oleh orang Kelantan biasanya lah... kalau kat rumah Tok Ma selalunye yang kena buat colek ni ibu... diorang kalau nak makan, nanti suruh ibu tumbuk colek... colek tu ialah (kicap+gula melaka+garam+belacan+cili padi)... sajer nak buli ibu... diaorang pun pandai buat tapi kononnya ibu lagi pandai buat...:(
Ibu sebenarnya suruh ayah ambik 2 biji jer... tapi ayah ambik sampai satu beg plastik... macam-macam jenis mangga ada... sebab kat sekitar rumah atuk memang banyak pokok mangga pun... dah sekitar tu pun ada tempat nama Pokok Mangga...
Bila bawak balik Ipoh ibu berjaya makan 3 biji jer... takut membazir, selebihnya terpaksa buat jeruk... search cara buat jeruk dalam internet...
Mula-mula kupas mangga, kemudian basuh & potong kecil... suka hati nak potong macam mana pun...
Selepas itu, rendam dengan air garam (ibu masukkan 2 st garam & air sampai semua mangga tenggelam...)
Biarkan 24 jam... (tapi ibu rendam tak sampai pun 24 jam... tapi lebih 12 jam...)
Buang air garam, toskan mangga...
Sementara itu masak air gula... (1 1/2 cawan gula + 1 cawan air)
Bila air gula dah sejuk campurkan dengan mangga... (balik-balikkan mangga tu supaya semua mesra dengan air gula)
Sedia untuk di makan... sedap jugak jeruk ibu ni... cuma tak rangup sangat sebab nak rangup kena letak kapur masa rendam air garam... malas nak beli kapur... ayah dah tak sabar-sabar nak makan jeruk ibu buat... rasanya lain kali boleh buat lagi... buat sendiri kita boleh control jumlah gula... tak manis sangat, pastu tak ada bahan pengawet... so ok untuk dimakan oleh anak-anak ibu...
 

Tuesday, 6 May 2014

Balik Melaka...

Hujung minggu hari tu kita balik Melaka... dah agak lama tak balik... tapi ayah baru je balik Melaka sebab hari tu ayah ada kursus kat Melaka... tapi kali ni balik jam teruk... macam raye je... selalunya boleh sampai pukul 11 tapi pukul 1 pagi baru sampai Melaka... kesian ayah penat... co-pilot jugak sedap tidur kat sebelah... hee..hee..
Ibu sempat snap gambar masa kat lebuh raye...
Ibu keluar jap dengan ayah lalu ikut Klebang... bisalah kalau kat sini, jam sebab ramai orang beli Coconut Shake Klebang yang glamer tuu... tapi ibu tak suka yang Klebang punya... ibu suka yang kat bawah ni..... sebenarnya tu laa tujuan keluar... nak beli Coconut Shake Batu Berendam...
Ini gambar gerai Coconut Shake Batu Berendam yang pada ibu lebih sedap dari Klebang punye...marah tauke Klebang, tak pasal-pasal saman ibu nanti... macam ade share pulak dengan Batu Berendam punye... sajer share... tak boleh marah kan... citarasa masing-masing...
Sebelum balik bergambar dulu dengan atuk & nenek... nenek baru lepas masak lauk untuk kite bawak bekal... sambal ikan bilis... time kasih banyak nenek... suka ibu dapat bekal... tapi kesian kat nenek masak untuk kite...
 
Sebelum balik jugak, singgah rumah moyang jap... moyang dah uzur benar... suruh anak-anak ibu ambik gambar dengan moyang & Nek Tam... muka anak-anak ibu yang kena paksa ambik gambar...:)