Mee lidi ni ibu kenal masa kat Kuantan... rasanya kat Ipoh ni tak de jual... sebab tak pernah nampak pun... atau ada kat mana2 kedai yang ibu tak pernah kunjungi tak tahu lah kan... tapi yang ibu tahu, orang Pekan suka makan mee ni... so dia agak femas lah kat Kuantan... so tu sbb ibu try... rasanya sama mcm mee kuning jer... tapi lagi baik makan mee ni rasanya sbb mee kuning kan mengandungi bahan yang tidak baik untuk kesihatan kita... sebab itu ibu lbh prefer guna mee lidi...
Mee Lidi Goreng1 bungkus mee lidi (rebus 4-5 minit dan toskan)
Sedikit isi ayam dipotong kecil
Sedikit daging lembu dipotong kecil
1 biji telur
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sb cili kering giling
Sedikit kaun kucai
Sedikit taugeh
Sebiji tomato
1 sb kicap manis
1 sb sos tiram
2 sb sos cili
1 sb sos ikan
Minyak
Sedikit air
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing
Masukkan cili kering dan goreng sehingga garing
Masukkan isi ayam dan daging, biarkan seketika
Masukkan sos tiram, kicap, sos cili, sos ikan serta sedikit air
Kacau seketika, masukkan garam dan gula
Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan seketika
Kemudian masukkan mee lidi dan kacau
Masukkan sayur2an dan biarkan seketika
Sedia untuk dihidang
Ini ialah gambar mee lidi yang ibu guna. Ibu beli kat Tunas Manja dekat rumah Tok Ma. Kalau balik Tganu mesti beli buat stok.
No comments:
Post a Comment