Wednesday, 20 August 2014

Kek Keju Mangga...

Ini adalah entri lama... tapi tak sempat nak masukkan dalam blog... kek keju yang ibu sediakan untuk Abg Muiz & ibu jugak sebenarnya... hari jadi kami kan hampir sama... tapi ini adalah kek keju yang ringkas... tapi sedap jer...


Kek Keju Mangga

80 g biskut marie (dihancurkan)
50 g mentega dicairkan
250 g keju
1 sb tepung jagung
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan susu segar
1 cawan yogurt perisa mangga
1 st esen vanila
2 biji telur
1 biji mangga (potong dadu)

Satukan biskut marie dengan mentega dan mampatkan
pada dasar acuan
Pukul keju dan gula sehingga sebati dan pastikan keju pada suhu bilik
Masukkan bahan-bahan lain secara berperingkat dan pukul pada kelajuan sederhana
Bila semua sudah sebati, masukkan mangga dan kacau rata
Tuang pada acuan dan bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 30 minit.
Bila masak, regangkan sedikit pintu oven dan biarkan sejuk di dalam oven untuk mengelakkan kek pecah.

Sepatutnya kena bakar secara double boiled tapi sebab tak ada dulang besar so ibu letak air panas dalam mangkuk pastu letak dalam oven. (seperti gambar di atas)

Semasa potong sepatutnya pisau direndam sebentar dalam air panas supaya kek dipotong dengan cantik.  tapi ibu tak buat pun sebab tu tak cantik jer potongan kek tu... sebab Humairah dah tak sabar nak makan....hee...hee... ibu punn...
 

Nasi Goreng Kerabu...

Ibu ni suka makan nasi kerabu... tapi nak buat rasa leceh sangat... so tak dapat makan nasi kerabu, makan nasi goreng kerabu jadilah... dulu masa ibu sekolah Tingkatan 4 & 5, setiap pagi makan nasi goreng kerabu kat kantin... sedap nasi goreng kerabu kat kantin tu... tapi Tok Ma tak pernah buat pun... so dah lama ibu fikir mcm mana nak buat... tapi fikir pulak kot2 ayah tak suka, tu yang takut nak buat... sekali tu, cuba jugak buat tapi sikit jer lah untuk ibu jer... first try, ayah makan dia suka pulak, humairah pun sama... apa lagi sejak itu, ibu selalu buat... tapi resepi ni ibu reka dan agak2 jer... tak tahu pulak resepi sebenar macam mana... 

Nasi Goreng Kerabu

4 cwn nasi
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
5 tangkai cili padi (ditumbuk)
1 kiub ayam
Sedikit belacan (kalau suka)
1 mangkuk  udang dan sotong (siang dan bersihkan)
3 helai daun kunyit (mayang halus)
1 batang bunga kantan (mayang halus)
2 batang serai (mayang halus)
Garam & gula
2 sb sos tiram
Minyak

Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga garing
Masukkan sotong dan udang serta kiub ayam dan belacan
Kacau seketika, pastikan belacan hancur sepenuhnya dan masukkan sos tiram, garam & gula
Biarkan sebantar dan masukkan nasi
Kacau nasi biar mesra dengan bahan tumis tadi kemudian masukkan bunga kantan, serai dan daun kunyit.
Biar seketika dan sedia untuk dihidang.



 

Friday, 8 August 2014

Spaghetti Olio...

Spaghetti Olio ni kegemaran ibu dan Humairah...orang lain tak berapa suka katanya... tapi tiap kali buat ada jugak yang menambah... pas tu kalau ade lebih, berebut pulak nak makan...:) selalu ibu buat 1 paket spaghetti 500g, so banyak jugak dapat... tapi macam tak cukup jugak... ramai nak makan dua kali...

Spaghetti Olio

1 paket spaghetti (rebus, masukkan sedikit minyak dan ikut arahan pada bungkusan)
1 mangkuk kecil udang (bersihkan buang kulit)
1 mangkuk kecil sotong (bersihkan dan potong kecil)
2 ulas bawang puting (dicincang)
1 labu bawang besar Holland (potong kecil/cincang)
1 kiub ayam
1/2 st serbuk lada hitam
1st chilli flakes
Minyak (sepatutnya guna minyak zaitun)
Sedikit English Parsley (dicincang kecil, ibu guna agak banyak sebab suka tapi terpulang pada selera msg2)
Sedikit kaju Parmesan ( ni pun ibu letak lebih)
Garam dan gula

Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing dan masukkan bawang besar, tumis seketika
Masukkan sotong dan udang serta kiub ayam
Biarkan seketika, masukkan lada hitam dan chilli flakes
Masukkan garam dan gula, kacau seketika
Masukkan spaghetti dan kacau sehingga rata
Masukkan daun Parsley dan kacau rata
Tutup api dan taburkan keju serta kacau rata
Semasa hidang boleh juga tabur keju lagi kalau suka ( ibu dan Humairah memang hantu cheese, so suka letak banyak2....:))
 

Mee Lidi Goreng...

Mee lidi ni ibu kenal masa kat Kuantan... rasanya kat Ipoh ni tak de jual... sebab tak pernah nampak pun... atau ada kat mana2 kedai yang ibu tak pernah kunjungi tak tahu lah kan... tapi yang ibu tahu, orang Pekan suka makan mee ni... so dia agak femas lah kat Kuantan... so tu sbb ibu try... rasanya sama mcm mee kuning jer... tapi lagi baik makan mee ni rasanya sbb mee kuning kan mengandungi bahan yang tidak baik untuk kesihatan kita... sebab itu ibu lbh prefer guna mee lidi...
Mee Lidi Goreng

1 bungkus mee lidi (rebus 4-5 minit dan toskan)
Sedikit isi ayam dipotong kecil
Sedikit daging lembu dipotong kecil
1 biji telur
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sb cili kering giling
Sedikit kaun kucai
Sedikit taugeh
Sebiji tomato
1 sb kicap manis
1 sb sos tiram
2 sb sos cili
1 sb sos ikan
Minyak
Sedikit air

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing
Masukkan cili kering dan goreng sehingga garing
Masukkan isi ayam dan daging, biarkan seketika
Masukkan sos tiram, kicap, sos cili, sos ikan serta sedikit air
Kacau seketika, masukkan garam dan gula
Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan seketika
Kemudian masukkan mee lidi dan kacau
Masukkan sayur2an dan biarkan seketika
Sedia untuk dihidang

Ini ialah gambar mee lidi yang ibu guna.  Ibu beli kat Tunas Manja dekat rumah Tok Ma.  Kalau balik Tganu mesti beli buat stok.

Gulai Pakistan...

Ini satu lagi hidangan yang menjadi kegemaran kita sekeluarga... lauk yang mudah untuk disediakan... resepi ni daripada Tok Ma... menurut Tok Ma, dia belajar resepi ini daripada radio satu masa dulu...  masa Tok Ma muda2 la kot...
Gulai Pakistan

1 ekor ayam (saiz kecil @ sederhana) potong kecil & bersihkan
2 biji kentang (kupas & potong beberapa bhgn)
1 batang karot (kupas & potong beberapa bhgn)
2 biji tomato (potong 4 bhgn)
1 biji bawang besar (potong 4 bhgn)
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang puting
1/2 st lada sulah
1/2 st jintan putih
1 inci kunyit hidup
2 sb cili kering giling
minyak
air
kiub ayam (jika suka)
garam & gula

Tumbuk lumat bawang putih, lada sulah, jintan putih dan kunyit.
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk bersama2 cili kering dan daun kari sehingga garing
Masukkan ayam dan biarkan seketika
Masukkan kiub ayam dan air sehingga paras ayam di dalam periuk
Masukkan bawang besar, garam dan gula kemudian biarkan ayam hampir masak
Masukkan kentang dan karot
Biarkan ayam, kentang dan karot empuk
Sedia untuk dihidang