Pada 30/4/2014 (Rabu) berlangsungnya Sukaneka Tadika Aiman... oleh kerana sekarang ni ibu agak tak busy, so ambil kesempatan keluar jap tengok Afif main sukaneka... mintak izin dengan Ketua Jabatan... lagipun memang dah janji nak pegi tengok dia... dah lama Afif bagitau kat ibu... excited sangat nampak dia nak sukaneka... biasalah Afif memang suka kalau bab main-main ni...
Beratur & berjalan masuk ke padang... riuh rendah... terjerit-jerit cikgu suruh beratur... tak sanggup rasanya ibu nak jadi cikgu tadika...
Sebelum memulakan acara seisi bacaan doa beramai-ramai... Afif pasukan rumah merah... dahlah dia paling depan beratur... jadi ketua...
Seisi memanaskan badan sebelum memulakan sukaneka... diketuai oleh Cikgu Akma, guru kelas Afif... kelas Saidina Othman... cikgu-cikgu lain kat belakang pun ikut serta...
Beratur untuk bersedia memulakan acara sukaneka...
Acara pertama Menyusun Telur... Afif kena buat 2 round... orang lain semua buat sekali jer... mungkin tak cukup orang kot... sebab dia agak pantas, cikgu pilih dia...
Acara kedua, Mencari Mawar... kali ni pun sama Afif kena buat 2 round... kena bagi tudung kat budak perempuan tu, pas tu 2nd round bagi botol air pulak...
Acara last, Lumba Lari... ibu tengok semua kuat lari... tak nampak pulak siapa yang menang...
Seisi pembahagian hadiah oleh owner Tadika Aiman... bagi acara Menyusun Telur & Mencari Mawar, dua-dua rumah merah memang... bangga ibu dengan Afif sebab kira Afif penyumbang jugak ler... sebab dia sorang je yang buat 2 round untuk dua-dua acara ni...hebat jugak anak ibu ni...
Dah dapat hadiah untuk kedua-dua acara tu ibu cakap kat Afif nak balik dulu... baru je nak balik, tiba-tiba ibu dengar pengumuman untuk Lumba Lari 5 tahun Afif dapat tempat pertama... terjerit-jerit kawan ibu panggil ibu... tapi tak sempat nak snap gambar masa Afif ambik hadiah so ibu snap lepas tu... sungguh tak sangka Afif sebenarnya pemenang... tapi hari sebelum tu dia dah bagitau kat ibu banyak kali dia menang lumba lari... masa raptai... so yang betul-betul pun dia menang jugak... ibu snap gambar Afif dengan kawan baik dia Farhan dan kawan-kawan lain...
Ibu bawak balik dulu hadiah Afif kat rumah... bila sampai rumah baru ibu perasan rupanya semua acara yang Afif masuk dapat tempat pertama.... fuuhhh... Afif.... Afif.... ibu doakan Afif dapat tempat pertama juga dalam pelajaran... dan menjadi seorang mukmin yang soleh... Afif selalu cakap nak jadi macam Ustaz Don sebab nak masuk syurga... semoga niat itu dimakbulkan Allah swt... ameeen....