Tuesday, 25 October 2016

Jemput-jemput Masin aka Jemput-jemput Ikan Bilis



Ini makanan yang paling feberet...tak sah kalau tak buat hujung minggu... hidangan wajib ini... ibu memang dari kecik-kecik dulu memang suka makan jemput-jemput ni... dulu-dulu Cik Aah yang selalu buat... cuma mungkin resepi yang sedikit berlainan... ibu memang suka olah resepi mengikut selera ibu... ayah dan anak-anak pun suka... memang licin kalau makan jemput-jemput ni... sedar-sedar dah abis...

Jemput-jemput Masin

500g tepung gandum
2 labu bawang besar
1 genggam ikan bilis
Garam
1/4 sk serbuk penaik
3 -4 cawan air

Belah 2 bawang besar dan mayang nipis-nipis.  Kisar ikan bilis, campurkan bersama-sama bawang yang dimayang.  Masukkan air,  jangan masukkan air semua dulu.  Kena pandai anggarkan supaya bancuhan tepung tidak terlalu cair.  Masukkan garam dan tepung gandum beserta serbuk penaik dan kacau sebati.  Jika terlalu lembik tambah tepung sedikit, atau kalau agak pekat tambah air.

Panaskan minyak.  Bila minyak dah cukup panas, jemput bancuhan tepung menggunakan tangan supaya jemput-jemput jadi kecil dan senang untuk dimakan.  Bila kita mayang bawang besar yang dibelah dua, bawang-bawang itu akan terkeluar sedikit dari bancuhan tepung dan menjadi garing bila digoreng, itu yang menyedapkan jemput-jemput kita.:)

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan...


Dah lama benar gambar gulai ni disimpan... banyak kekangan untuk berblog... so musim2 yang kurang sibuk bolehlah menulis lagi...

Terkadang kalau rasa rindu nak makan nasi berlauk Kelantan, ibu akan masak lauk ni... ataupun kalau malas nak masak... biasanya hujung minggu banyak tugas yang perlu dilaksanakan... so lebih mudah masak macam ni... tiru ala-ala kedai nasi berlauk... hiihiihii...

Gulai Ikan Nasi Berlauk Kelantan

1 ekor ikan tongkol/tuna
1 biji timun
2 cawan santan pekat
4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 sb cili kering dikisar
1-2 keping asam gelugor
Garam
Gula
Perasa
Sedikit air

Ikan disiang dan dipotong beberapa bahagian, serta bersihkan.  Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit dan lengkuas.  Masukkan bahan kisar dalam periuk berserta sedikit air, didihkan.  Selepas mendidih, masukkan santan, asam keping, cili kisar, garam, gula dan perasa.  Kemudian masukkan ikan.  Kuah santan ini perlu dikacau (cedok dan tuang) supaya tidak berketul, kalau tidak kuah kita jadi tak cantik.  Satu lagi petua dari Tok Ma, kalau masak ikan perlu masukkan garam dan gula bersama-sama ikan, untuk elakkan hanyir pada lauk kita. 
Bila mendidih, masukkan sayur timun yang dipotong.  Biarkan seketika untuk empukkan timun sambil itu kita terus kacau kuah santan untuk tidak berketul.  Siap untuk dihidang bersama-sama nasi panas dan sambal cili yang nyummy.

Thursday, 21 April 2016

Anak bongsu ibu...

Berpindah ke Banting, Afif masuk ke Tadika Gemilang Banting Baru...
Afif jumpa semula kawan lama yang juga anak kawan ibu Izz Zafran...
Afif macam biasa... ok jer ke mana-mana... memang pandai bergaul dan cepat mesra...
Setahun bersekolah di Tadika Gemilang... sekarang Afif dah masuk Darjah 1 di SK Sri Langat...
Afif juga dan jadi budak besar... dah berkhatan di Klinik Dr Adib... tertunai hasrat Afif...:)









 
 

Salam...


Sudah agak lama ibu meninggalkan blog ini...
Kesibukan kerja dan urusan rumahtangga membataskan waktu untuk menulis dalam laman ini...
Baru sekarang berkesempatan untuk update cerita kita...

Sudah setahun lebih sebenarnya kita sekeluarga berpindah dari Ipoh ke Banting...
Seperti biasa, ini adalah kerana ayah yang berpindah... so kita semua follow...
Kita berpindah ke Banting pada bulan Disember 2014...

Mula-mula pindah kita tinggal di Taman Sri Putra Banting... dan anak-anak ibu bersekolah di SK Sri Langat... kemudian kita berpindah ke rumah sendiri di Kanchong Darat...
Ibu rasa gembira tinggal di sini sebab ibu rasa senang untuk balik ke kampung halaman ibu dan ayah...

Ini rumah kita di Taman Kenanga Kanchong Darat...



Wednesday, 20 August 2014

Kek Keju Mangga...

Ini adalah entri lama... tapi tak sempat nak masukkan dalam blog... kek keju yang ibu sediakan untuk Abg Muiz & ibu jugak sebenarnya... hari jadi kami kan hampir sama... tapi ini adalah kek keju yang ringkas... tapi sedap jer...


Kek Keju Mangga

80 g biskut marie (dihancurkan)
50 g mentega dicairkan
250 g keju
1 sb tepung jagung
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan susu segar
1 cawan yogurt perisa mangga
1 st esen vanila
2 biji telur
1 biji mangga (potong dadu)

Satukan biskut marie dengan mentega dan mampatkan
pada dasar acuan
Pukul keju dan gula sehingga sebati dan pastikan keju pada suhu bilik
Masukkan bahan-bahan lain secara berperingkat dan pukul pada kelajuan sederhana
Bila semua sudah sebati, masukkan mangga dan kacau rata
Tuang pada acuan dan bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 30 minit.
Bila masak, regangkan sedikit pintu oven dan biarkan sejuk di dalam oven untuk mengelakkan kek pecah.

Sepatutnya kena bakar secara double boiled tapi sebab tak ada dulang besar so ibu letak air panas dalam mangkuk pastu letak dalam oven. (seperti gambar di atas)

Semasa potong sepatutnya pisau direndam sebentar dalam air panas supaya kek dipotong dengan cantik.  tapi ibu tak buat pun sebab tu tak cantik jer potongan kek tu... sebab Humairah dah tak sabar nak makan....hee...hee... ibu punn...
 

Nasi Goreng Kerabu...

Ibu ni suka makan nasi kerabu... tapi nak buat rasa leceh sangat... so tak dapat makan nasi kerabu, makan nasi goreng kerabu jadilah... dulu masa ibu sekolah Tingkatan 4 & 5, setiap pagi makan nasi goreng kerabu kat kantin... sedap nasi goreng kerabu kat kantin tu... tapi Tok Ma tak pernah buat pun... so dah lama ibu fikir mcm mana nak buat... tapi fikir pulak kot2 ayah tak suka, tu yang takut nak buat... sekali tu, cuba jugak buat tapi sikit jer lah untuk ibu jer... first try, ayah makan dia suka pulak, humairah pun sama... apa lagi sejak itu, ibu selalu buat... tapi resepi ni ibu reka dan agak2 jer... tak tahu pulak resepi sebenar macam mana... 

Nasi Goreng Kerabu

4 cwn nasi
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
5 tangkai cili padi (ditumbuk)
1 kiub ayam
Sedikit belacan (kalau suka)
1 mangkuk  udang dan sotong (siang dan bersihkan)
3 helai daun kunyit (mayang halus)
1 batang bunga kantan (mayang halus)
2 batang serai (mayang halus)
Garam & gula
2 sb sos tiram
Minyak

Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga garing
Masukkan sotong dan udang serta kiub ayam dan belacan
Kacau seketika, pastikan belacan hancur sepenuhnya dan masukkan sos tiram, garam & gula
Biarkan sebantar dan masukkan nasi
Kacau nasi biar mesra dengan bahan tumis tadi kemudian masukkan bunga kantan, serai dan daun kunyit.
Biar seketika dan sedia untuk dihidang.



 

Friday, 8 August 2014

Spaghetti Olio...

Spaghetti Olio ni kegemaran ibu dan Humairah...orang lain tak berapa suka katanya... tapi tiap kali buat ada jugak yang menambah... pas tu kalau ade lebih, berebut pulak nak makan...:) selalu ibu buat 1 paket spaghetti 500g, so banyak jugak dapat... tapi macam tak cukup jugak... ramai nak makan dua kali...

Spaghetti Olio

1 paket spaghetti (rebus, masukkan sedikit minyak dan ikut arahan pada bungkusan)
1 mangkuk kecil udang (bersihkan buang kulit)
1 mangkuk kecil sotong (bersihkan dan potong kecil)
2 ulas bawang puting (dicincang)
1 labu bawang besar Holland (potong kecil/cincang)
1 kiub ayam
1/2 st serbuk lada hitam
1st chilli flakes
Minyak (sepatutnya guna minyak zaitun)
Sedikit English Parsley (dicincang kecil, ibu guna agak banyak sebab suka tapi terpulang pada selera msg2)
Sedikit kaju Parmesan ( ni pun ibu letak lebih)
Garam dan gula

Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing dan masukkan bawang besar, tumis seketika
Masukkan sotong dan udang serta kiub ayam
Biarkan seketika, masukkan lada hitam dan chilli flakes
Masukkan garam dan gula, kacau seketika
Masukkan spaghetti dan kacau sehingga rata
Masukkan daun Parsley dan kacau rata
Tutup api dan taburkan keju serta kacau rata
Semasa hidang boleh juga tabur keju lagi kalau suka ( ibu dan Humairah memang hantu cheese, so suka letak banyak2....:))
 

Mee Lidi Goreng...

Mee lidi ni ibu kenal masa kat Kuantan... rasanya kat Ipoh ni tak de jual... sebab tak pernah nampak pun... atau ada kat mana2 kedai yang ibu tak pernah kunjungi tak tahu lah kan... tapi yang ibu tahu, orang Pekan suka makan mee ni... so dia agak femas lah kat Kuantan... so tu sbb ibu try... rasanya sama mcm mee kuning jer... tapi lagi baik makan mee ni rasanya sbb mee kuning kan mengandungi bahan yang tidak baik untuk kesihatan kita... sebab itu ibu lbh prefer guna mee lidi...
Mee Lidi Goreng

1 bungkus mee lidi (rebus 4-5 minit dan toskan)
Sedikit isi ayam dipotong kecil
Sedikit daging lembu dipotong kecil
1 biji telur
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sb cili kering giling
Sedikit kaun kucai
Sedikit taugeh
Sebiji tomato
1 sb kicap manis
1 sb sos tiram
2 sb sos cili
1 sb sos ikan
Minyak
Sedikit air

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing
Masukkan cili kering dan goreng sehingga garing
Masukkan isi ayam dan daging, biarkan seketika
Masukkan sos tiram, kicap, sos cili, sos ikan serta sedikit air
Kacau seketika, masukkan garam dan gula
Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan seketika
Kemudian masukkan mee lidi dan kacau
Masukkan sayur2an dan biarkan seketika
Sedia untuk dihidang

Ini ialah gambar mee lidi yang ibu guna.  Ibu beli kat Tunas Manja dekat rumah Tok Ma.  Kalau balik Tganu mesti beli buat stok.

Gulai Pakistan...

Ini satu lagi hidangan yang menjadi kegemaran kita sekeluarga... lauk yang mudah untuk disediakan... resepi ni daripada Tok Ma... menurut Tok Ma, dia belajar resepi ini daripada radio satu masa dulu...  masa Tok Ma muda2 la kot...
Gulai Pakistan

1 ekor ayam (saiz kecil @ sederhana) potong kecil & bersihkan
2 biji kentang (kupas & potong beberapa bhgn)
1 batang karot (kupas & potong beberapa bhgn)
2 biji tomato (potong 4 bhgn)
1 biji bawang besar (potong 4 bhgn)
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang puting
1/2 st lada sulah
1/2 st jintan putih
1 inci kunyit hidup
2 sb cili kering giling
minyak
air
kiub ayam (jika suka)
garam & gula

Tumbuk lumat bawang putih, lada sulah, jintan putih dan kunyit.
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk bersama2 cili kering dan daun kari sehingga garing
Masukkan ayam dan biarkan seketika
Masukkan kiub ayam dan air sehingga paras ayam di dalam periuk
Masukkan bawang besar, garam dan gula kemudian biarkan ayam hampir masak
Masukkan kentang dan karot
Biarkan ayam, kentang dan karot empuk
Sedia untuk dihidang

 

Monday, 14 July 2014

Rendang Daging Ibu Mertua...

Ibu suke sangat rendang daging yang nenek buat... ayah pun sama... apa lagi ibu ambik resepi... hujung minggu cuba buat untuk sarapan... makan dengan ketupat nasi... rasa macam raye pulak... memang best rendang ni... ingat susah nak buat... rupenye senang jer...
Rendang Daging Ibu Mertua

1 kilo daging lembu (potong kecil & bersihkan)
2 inci lengkuas
1inci halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3-4 batang serai
2 inci kunyit
2 sb serbuk kari daging
3 senduk cili kering kisar
2 sb kerisik
2 cwn santan pekat
Air
Garam & gula
4-5 helai daun kunyit
Minyak

Kisar lengkuas, halia, bawang merah, bawang putih, serai dan kunyit
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, cili kering dan serbuk kari sehingga cukup garing
Masukkan daging, kacau sebentar untuk keringkan air
Tambah air untuk empukkan daging
Setelah daging separuh masak, masukkan santan, garam dan gula
Setelah daging hampir masak, masukkan kerisik dan daun kunyit yang dimayang halus
Kacau & biarkan masak

* boleh ganti gula dengan gula melaka, lagi ok rasanye...
 

Roti Jala...

Dah agak lama ibu tak sediakan roti jala... so hujung minggu ibu buat roti jala untuk sarapan kita... makan dengan kurma ayam... eemmm... sedapnyee...
Ibu guna magic pan... senang & cepat jer buat...
Roti Jala

3 cwn tepung gandum
3 cwn air
1 biji telur
Garam
Sedikit pewarna (sebenarnya pewarna dah habis so ibu letak secubit serbuk kunyit)
Sedikit minyak

Masukkan semua sekali dalam satu bekas dan bancuh... sedia untuk menjala...
Senang jer sebab ibu guna botol seperti di bawah...
Gambar dari internet...

Sambal Sotang Dengan Bendi...

Ni satu lagi feberet Abg Muiz & ayah... kalau sambal diaorang ni memang suke sangat...
Sambal Sotang Dengan Bendi

1/2 kilo sotong (siang & bersihkan)
10-12 batang bendi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 senduk cili kering kisar
Minyak
Garam & gula

Tumbuk bawang merah dan bawang putih
Panaskan minyak
Tumis bawang hingga kekuningan
Masukkan cili kering dan goreng sebentar kmudian masukkan gula untuk cepatkan proses menjadi garing
Bila cili sudah garing masukkan garam dan sotong
Biarkan sotong seketika
Bila sotong hampir masak, potongkan bendi dan masukkan kacau sebentar dan sedia untuk dihidang
 

Trip To Penang...

Cuti pertengahan sekolah hari tu kita menerima banyak tetamu... mula2 Pak Long datang kemudian Cik Aah dan diikuti dengan Cik La... masa Cik Aah datang, diaorang nak pegi jalan2 kat Penang... so kita follow depa sekali... lagipun memang kite tak pernah lagi pegi jalan2 kat Penang...
Peluang pegi Penang, kita lalu ikut jambatan baru... so ibu sempat snap beberapa gambar... biasalah, ayah jadi supporter ibu untuk ambik gambar... tapi yang menarik perhatian ibu, playground kat gambatan sebab dia guna rangka van lama... kreatif...
Kita singgah makan kat restoran depan USM... sebenarnya tak tahu nak makan kat mana... semua mamak... ayah & ibu ni tak berapa gemar makan kat kedai mamak... confius Islam ke tak... tapi akhirnya termasuk jugak kedai mamak... ayah dah rasa lain macam... pas tu kita sembahyang terus kat USM sebelum ronda2 bandar Penang... Ibu sempat snap gambar Abg Muiz & Afif kat wakaf depan masjid USM...
Ibu excited sebenarnya nak ambik gambar kat street art Penang tapi rupanya lokasinya berterabur... so susah jugak nak cari sebab first time datang... dah lah cuaca sangat panas... tapi masa ronda2 tu ternampak satu street art... so sempat ibu snap... & mercu tanda Penang... Komtar...
Ayah Nan ajak lalu kat Taman Kota Lama... tapi kita tak turun pun... panas... snap gambar jer...
Sebenarnya ayah nak ajak naik kereta kabel & feri tapi Cik Aah ade destinasi lain yang diaorang nak pegi... so tak sempatlah kita pegi... lagipun feri tu ramai sangat orang beratur... kempunan jugak nak naik bawak anak2... ayah kata lain kali kita datang lagi & ajak Tok Ma jugak... balik ke Ipoh ayah ajak singgah makan kat Kuala Gula... sajer bawak Tok Ma... tapi kempunan jugak nak makan ketam lembut... dah habis... cuti sekolah... biasalah...

Thursday, 12 June 2014

Travel To Teluk Intan & Sabak Bernam...

31 Mei 2014 (Sabtu), trip ke Teluk Intan & Sabak Bernam... pegi rumah Pak Ngah dulu kat Teluk Intan pas tu pegi Sabak Bernam bersama-sama Pak Long... Busu sepatutnya join tapi last minit cancel... so ayah 3 beradik & famili jer yang pegi...
Kebetulan pulak masa tu ada pilihanraya kat Teluk Intan so ibu sempat snap beberapa gambar... tapi keputusan BN menang dengan majoriti 200++....:(

Gambar menara condong Teluk Intan... first time sampai sini... ibu naik kat atas untuk snap gambar yang dilukis di perkarangan Menara Condong ni... cantik lukisan ni... sapa laa yang lukis...sangat berbakat...
Anak-anak ibu bergambar dengan sepupu belah Melaka... susah jugak nak suruh budak ni bergambar... macam-macam style ade..
Sampai Sabak Bernam singgah makan kat sini... Bagan Nakhoda Omar... terkenal tempat ni... so kita pesan Mee Udang & Nasi Goreng Udang... rasa & harga ok lah...
 Pas makan singgah beli kerepek... tapi kerepek kat sini kurenggggg... ade yang lemau pun... sedih pulak sebab beli kat kilang ingatkan yang baru buat...
Sampai ke detinasi yang dituju... Institut Perakaunan Negara di Sabak Bernam... Pak Ngah booking satu rumah untuk kita semua menginap kat sini... rumahnya ok.. besar... boleh lahhh...
Petang jalan-jalan kat pantai... kalau tak silap ibu nama pantai ni Pantai Tanjung Sauh... ramai orang tempatan yang memancing & menjala ikan... seronok depa ni makan ikan fresh yang ditangkap sendiri
Balik dari pantai... budak-budak ni sibok nak main basikal... termasuklah ayahnya... kat anm ni ade disediakan basikal, boleh pinjam... masing-masing seronok round kawasan dengan basikal... ibu cuba jugak naik tapi dah lama tak berbasikal ni rasa lain macam pulak...
Afif & sepupunya Dina... suke benar dia main dengan Dina...
Malam tu kite berBBQ... Pak Ngah tempah dengan kawannya makanan... tinggal nak bakar jer... seronok jugak... boleh buat lagi lain kali... tapi kalau atuk nenek join lagi best rasanye... banyak makanan yang tak habis... semua dah kekenyangan tak larat nak habiskan... so simpan dalan peti ais, esok pagi panaskan... buat sarapan... lagipun semua kelengkapan ade disediakan di rumah ni...
Esoknya sebelum balik kita pusing-pusing kat ofis Pak Ngah... ade akuarium besar kat depan ofis ni... ikan pun besar jugak... bergambar-gambar dulu kat sini sebelum semua bertolak balik...